Thursday, November 27, 2008

KONSEP DHCP SERVER

DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) adalah protokol yang berasaskan senibina client/server yang digunakan untuk memudahkan peletakan (pengalokasian) alamat IP dalam satu rangkaian. Sebuah rangkaian setempat yang tidak menggunakan DHCP harus memberikan alamat IP kepada semua komputer secara manual. Jika DHCP dipasang di rangkaian setempat, maka semua komputer yang tersambung di rangkaian akan mendapatkan alamat IP secara outomatinya dari server DHCP. Selain alamat IP, banyak parameter rangkaian yang dapat diberikan oleh DHCP, seperti default gateway dan DNS server.

DHCP didefinisikan dalam RFC 2131 dan RFC 2132 yang diterbitkan oleh Internet Engineering Task Force. DHCP merupakan lanjutan daripada protokol Bootstrap Protocol (BOOTP).

No comments: