Thursday, November 27, 2008

Apakah yang dikatakan Komputer pelayan(Server)?

Komputer pelayan atau pengendali rangkaian atau dikenali sebagai server adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan tertentu dalam sebuah rangkaian komputer. Server disokong dengan prosesor yang bersifat scalable dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khusus, yang disebut sebagai sistem operasi rangkaian atau network operating system. Server juga menjalankan menjalankan aktiviti pentadbiran peringkat perisian yang mana mengawal segala capaian terhadap rangkaian dan sumber daya (resource) yang terdapat didalam kawalannya seperti pencetak (printer), dan memberikan capaian kepada workstation anggota rangkaian.

Secara umumnya, pada sistem operasi server terdapat aplikasi-aplikasi yang menggunakan senibina klien/server. Contoh dari aplikasi ini adalah DHCP Server, Mail Server, HTTP Server, FTP Server, DNS Server dan lain sebagainya. Setiap sistem operasi server umumnya mengandungi kesemua layanan-layanan tersebut atau layanan tersebut juga dapat diperoleh dari pihak ketiga. Setiap layanan tersebut akan memberikan tindak balas terhadap permintaan dari klien. Sebagai contoh, klien DHCP akan memberikan pemintaan kepada server yang menjalankan server DHCP; ketika sebuah klien memerlukan alamat IP, klien akan memberikan perintah/request kepada server, dengan bahasa yang dipahami oleh server DHCP, yakni protokol DHCP itu sendiri.

Diantara contoh sistem operasi server adalah Windows NT 3.51 dan versi terbarunya adalah Windows NT 4.0. ketika ini sistem yang cukup popular adalah Windows 2000 Server, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008, kemudian Sun Solaris, Unix, dan GNU/Linux.

Server biasanya berhubung dengan client dengan kabel UTP dan sebuah Network Card. Kad rangkaian ini terdiri daripada kad PCI atau ISA.

Server mempunyai beberapa fungsi penting.Secara umumnya fungsi server adalah seperti melayari internet,ilmu pengetahuan dan yang paling penting adalah untuk penyimpanan data yang besar.Fungsi yang paling penting sekali adalah dapat menghubungkan Client dengan internet.Selain itu fungsi server boleh dikategorikan sebagai sebagai komputer yang mengawal segala workstation dibawah kawalannya melalui konsep DOmain Contoller.

No comments: