Thursday, November 27, 2008

KONSEP DHCP SERVER

DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) adalah protokol yang berasaskan senibina client/server yang digunakan untuk memudahkan peletakan (pengalokasian) alamat IP dalam satu rangkaian. Sebuah rangkaian setempat yang tidak menggunakan DHCP harus memberikan alamat IP kepada semua komputer secara manual. Jika DHCP dipasang di rangkaian setempat, maka semua komputer yang tersambung di rangkaian akan mendapatkan alamat IP secara outomatinya dari server DHCP. Selain alamat IP, banyak parameter rangkaian yang dapat diberikan oleh DHCP, seperti default gateway dan DNS server.

DHCP didefinisikan dalam RFC 2131 dan RFC 2132 yang diterbitkan oleh Internet Engineering Task Force. DHCP merupakan lanjutan daripada protokol Bootstrap Protocol (BOOTP).

JENIS – JENIS PERKHIDMATAN (SERVICE)

JENIS – JENIS PERKHIDMATAN (SERVICE)

Terdapat banyak jenis server yang boleh kita bangunkan. Ia bergantung kepada
keperluan organisasi. Apa yang perlu difahami adalah perkataan ‘server’ itu
sendiri. ‘Server’ bermaksud ‘Pelayan’. Server akan memberikan ‘Service’ atau
‘Perkhidmatan’ kepada client atau user yang inginkan service tertentu.
Pada masa ini jenis-jenis server yang biasa ada di organisasi adalah seperti
berikut:
1. Application Server
2. Audio/Video Server
3. Chat Server
4. Fax Server
5. FTP Server
6. Mail Server
7. News Server
8. Proxy Server
9. Telnet Server
10. Web Server
11. DNS Server
12. DHCP Server
13. Firewall Server
14. Domain Controller
15. File Server
16. Antivirus Server

Konsep Client Server

Klien-server atau client-server merupakan sebuah paradigma dalam teknologi maklumat yang merujuk kepada kaedah untuk mengagihkan aplikasi kepada dua belah pihak: pihak klien dan pihak server.

Dalam model klien/server, sebuah aplikasi terbahagi kepada dua bagian yang terpisah, tapi masih merupakan sebuah kesatuan yakni komponen klien dan komponen server. Komponen klien juga sering disebut sebagai front-end, sementara komponen server disebut sebagai back-end. Komponen klien dari aplikasi tersebut dijalankan dalam sebuah workstation dan menerima masukan data dari pengguna. Komponen klien tersebut akan menyiapkan data yang dimasukkan oleh pengguna dengan menggunakan teknologi pemrosesan tertentu dan mengirimkannya kepada komponen server yang dijalankan di atas mesin server, umumnya dalam bentuk request terhadap beberapa layanan yang dimiliki oleh server. Komponen server akan menerima request dari klien, dan langsung memprosesnya dan mengembalikan hasil pemrosesan tersebut kepada klien. Klien pun menerima maklumat hasil pemrosesan data yang dilakukan server dan menampilkannya kepada pengguna, dengan menggunakan aplikasi yang berinteraksi dengan pengguna.

Sebuah contoh dari aplikasi client/server sederhana adalah aplikasi web yang direkabentuk dengan menggunakan Active Server Pages (ASP) atau PHP. Skrip PHP atau ASP akan dijalankan di dalam web server (Apache atau Internet Information Services), sementara skrip yang berjalan di pihak klien akan dijalankan oleh web browser pada komputer klien. Klien-server merupakan penyelesaian masalah pada software yang menggunakan database sehingga setiap komputer tidak perlu diinstall database, dengan kaedah klien-server database dapat diinstal pada suatu komputer sebagai server dan aplikasinya diinstal pada client.
Apakah yang dikatakan Komputer pelayan(Server)?

Komputer pelayan atau pengendali rangkaian atau dikenali sebagai server adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan tertentu dalam sebuah rangkaian komputer. Server disokong dengan prosesor yang bersifat scalable dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khusus, yang disebut sebagai sistem operasi rangkaian atau network operating system. Server juga menjalankan menjalankan aktiviti pentadbiran peringkat perisian yang mana mengawal segala capaian terhadap rangkaian dan sumber daya (resource) yang terdapat didalam kawalannya seperti pencetak (printer), dan memberikan capaian kepada workstation anggota rangkaian.

Secara umumnya, pada sistem operasi server terdapat aplikasi-aplikasi yang menggunakan senibina klien/server. Contoh dari aplikasi ini adalah DHCP Server, Mail Server, HTTP Server, FTP Server, DNS Server dan lain sebagainya. Setiap sistem operasi server umumnya mengandungi kesemua layanan-layanan tersebut atau layanan tersebut juga dapat diperoleh dari pihak ketiga. Setiap layanan tersebut akan memberikan tindak balas terhadap permintaan dari klien. Sebagai contoh, klien DHCP akan memberikan pemintaan kepada server yang menjalankan server DHCP; ketika sebuah klien memerlukan alamat IP, klien akan memberikan perintah/request kepada server, dengan bahasa yang dipahami oleh server DHCP, yakni protokol DHCP itu sendiri.

Diantara contoh sistem operasi server adalah Windows NT 3.51 dan versi terbarunya adalah Windows NT 4.0. ketika ini sistem yang cukup popular adalah Windows 2000 Server, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008, kemudian Sun Solaris, Unix, dan GNU/Linux.

Server biasanya berhubung dengan client dengan kabel UTP dan sebuah Network Card. Kad rangkaian ini terdiri daripada kad PCI atau ISA.

Server mempunyai beberapa fungsi penting.Secara umumnya fungsi server adalah seperti melayari internet,ilmu pengetahuan dan yang paling penting adalah untuk penyimpanan data yang besar.Fungsi yang paling penting sekali adalah dapat menghubungkan Client dengan internet.Selain itu fungsi server boleh dikategorikan sebagai sebagai komputer yang mengawal segala workstation dibawah kawalannya melalui konsep DOmain Contoller.